12 Januari 2013

Random. Ya, terlalu random.

Oh hai assalamualaikum ehehehehhhhh

Happy holiday. Merry christmast. Happy New Year! Walaupun dah lama lepas, kesah pulak ehehehh. Jadi macam mana cuti awak? Best? Saya?! Sayaaaa?!!! Jangan tanya lah wak. ehehehhhh. Saya tak macam awak semua, pergi holiday siap lepak swimming pool, dengar citer ada yang pergi taman tema siap. Untungnya awak. Saya tak dapat pergi holiday sebab saya ehehehhhh saya ehehehhh saya jimat duit.

Ye Jimat Duit.

Saya rasa saya kena bertaubat dari menghabiskan duit. Jadi saya decide tak nak duduk rumah. Kenapa? Sebab saya boleh! Eheheehehhh Sebab saya sebab saya yang hinaa hihinaaa ni kena ambil shortsem! Ya gelaklah kamu! Gelaklah! Ketika tengok bungapi dari tingkap dalam bilik pegang buku teks comp sebab esoknya quiz, perasaan ketika itu bercampur baur. Rasa sangat kesepian terjerit jerit macam orang gila dekat tingkap setiap kali bungapi keluar.

Sedih.

Tapi! Kamu semua sekarang tak boleh nak cakap apalah kan. Sebab Siti Hawa sudah dewwwwwasa. Miahahahahah hikhokhikhoksss. 20 tahun awwwyeah. Ya, walaupun baru masuk 19 tahun beberapa minggu lalu. Aku peduli hapa. Kan. Yang penting parti demokrasi sekarang tak main lah tengok bulan. Semua tengok tahun. Eh?

Krik Krik Krik Krik

Persetankan segala yang aku kata tadi. Maaf baru masuk 19 ni, neuron dalam otak pun baru nak sambung. Back to the main story, sekarang dah habis musim cuti kan? Dah habis cuti? Oh maaap lah adik. Akak baru nak cuti. Seronok tengok bas sekolah lalu depan rumah pagi-pagi sambil menikmati katil empuk ditambah pula suasana dingin. Cuti kejap je, 3minggu. Kejap je. KEJAP je. So, cuti ni akokkk ingat nak pergi bersenam tapi malangnya, kesian kat lemak-lemak badan. Nanti diorang fikir apa pulak kalau akak buang dorang kan. So, sebagai tanda setiakawan dengan lemak, akok batalkan niat nak bersenam.

Forever Together Whenever Whatever

Jadi penuntut kuliah movie adalah tugas saya sekarang. Setakat download pirate-pirate ni takdehal. Akok power. Tapi kalau akak yang jadi artis, akak tak buat kerja-kerja pirate ni. Gila apa menjahanamkan periuk nasi orang. Tak patut. Sebab tulah akok tak jadi artis. Supaya akak boleh download movie tanpa rasa simpati. Twilight series semua dah cukup cuma tinggal TBD2. Bukan sebab akak rasa menyesal nak taubat tak mau download. Tapi sebab Dvdrip untuk movie ni tak keluar lagi. Ya, tiada simpati. Dah lah free, nak HD pulak. Ehehehhhhhh.

Jadi, motif apa post ini? Eh. perlu motif ke? Okbai.